Alhamdulillah, setelah selesai membaca kitab Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram saya terus berminat untuk melanjutkan pembacaan berkaitan isu-isu semasa pula. Baru-baru ini kita telah dikejutkan oleh Media Massa akan perkhabaran mengenai sekatan bantuan kepada rakyat Palestin oleh tentera Zionis Yahudi. Khabar itu sungguh menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yahudi, prinsip hidup dan kitab pegangan mereka. Saya cuba hadir ke perpustakaan yang berhampiran di sekitar JB. Dan mata saya terpandang suatu kitab yang memaparkan judulnya, "Talmud, Kitab Hitam Yahudi Yang Menggemparkan" karya Professor Doktor Muhammad Abdullah asy-Syarqawi [Guru Besar Perbandingan Agama & Falsafah Islam di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah (Cairo University)]. Lalu, saya mencapai kitab tersebut dan meminjamnya.
Ketika saya menulis sorotan kecil ini, saya belumpun selesai membaca kitab tersebut. Baru sahaja sampai halaman (m/s) 84. Namun, saya terfikir sejenak. Fikir untuk berkongsi sedikit mengenai apa yang telah saya baca dengan umat Islam yang lain.
Sekarang saya sudah tahu mengapa begitu sukar sekali bagi umat Islam untuk membawa Israel ke muka pengadilan dunia. Ianya adalah disebabkan pegangan kuat mereka terhadap perundangan khusus mereka sendiri.
Umumnya, ramai yang mengetahui dan mengenali bahawa orang Yahudi berpegang kepada kitab Taurat atau juga dikenali oleh penganut Kristian dengan panggilan Old Testament. Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa mereka juga mempunyai kitab pegangan lain selain Old Testament, iaitu kitab Talmud. Menurut mereka, Old Testament merupakan undang-undang bertulis dan Talmud lah undang-undang lisan. Keduanya wajib untuk diikuti. Dan perlu diketahui bahawa mereka percaya Old Testament itu datang dari Tuhan dan Talmud pula bukanlah merupakan tulisan yang datang dari Tuhan melainkan diisi dengan perbahasan serta syarah dari para murabbi (buatan ulama-ulama) mereka.
Mereka menetapkan di dalam kitab Talmud bahawa orang-orang Yahudi tidak boleh membawa permasalahan ke muka pengadilan bukan Yahudi. Demikian kata-kata Muhammad Afandi (Musa Abul Afiyah- Dahulu beliau salah seorang pendeta Yahudi dan kini telah memeluk Islam) : "Apabila terjadi persengketaan antara 2 orang Yahudi, maka keduanya wajib mengadukan masalah tersebut kepada pengadilan Yahudi juga. Jika mereka mengadukannya kepada pengadilan asing, maka mereka terhitung kafir dan penghujat Allah. Dan mereka haram menjadi pengikut agama Yahudi, meskipun pengadilan asing itu menggunakan hukum-hukum Yahudi dalam memutuskan perkara mereka. Dan bagi rabbi tertinggi harus berusaha keras menghukum pengkhianat ini dan membuat mereka kalah dalam pengadilan sekalipun dengan memakai saksi palsu."
Perkara keduanya, setelah melantik hakim Yahudi mesti meminta hakim Yahudi tersebut agar memenangkan orang Yahudi berbanding non-Yahudi. Telah disebutkan di dalam kitab Gemara (Talmud), halaman 36, Rabbi Musa bin Maimun menyebutkan: "Apabila seorang orang Mesir (non-Yahudi) dengan seorang Israel datang kepadamu membawa suatu perkara yang terjadi antara mereka berdua. Maka, usahakanlah untuk MEMENANGKAN ORANG YAHUDI! Apabila kebetulan syariat kita berpihak kepada kemashlahatan orang Yahudi itu, katakanlah kepada orang Mesir tadi, "Beginilah syariat kami memutuskan." Terlebih lagi jika hukum mereka membenarkannya, maka katakanlah kepada orang Mesir tadi, "(Malah) hukum anda sendiri juga memutuskan hukum seperti itu."
Sudah jatuh ditimpa tangga. Kasihan kita, tidak dapat membawa mereka ke muka pengadilan dunia melainkan jika setuju agar hakim mereka seorang Yahudi juga. Sudah begitu, ditambah lagi hakim Yahudi tersebut mesti berusaha memenangkan Yahudi berkenaan.
Sebenarnya orang Yahudi tidaklah memandang nyawa manusia non-Yahudi (selain Yahudi) sesuatu yang berharga. Menurut mereka, non-Yahudi sama sahaja dengan Paganis (penyembah berhala). Di dalam Talmud ada menyebutkan:
"Haram hukumnya bagi seorang Yahudi bersekongkol dengan kaum paganis (non-Yahudi) kerana dengan demikian ia telah membuat dirinya bersumpah kepada berhala. Dalam Sanhedrin halaman 63.
Dan pada Sanhedrin halaman 57 pula berbunyi begini, "Semua orang yang berada di luar agama Yahudi disebut dengan "Anak Nuh" dan terpisah dari Bani Israel. Sebab, Bani Israel beriman kepada Allah sejak munculnya Ibrahim sampai akhir masa Israel.
Dan seorang Anak Nuh (non-Yahudi) harus dihukum bunuh bila diketahui telah membunuh seseorang walaupun hanya berdasarkan keputusan seorang hakim dan hanya berdasarkan pembuktian dari seorang saksi, meskipun saksi itu adalah saudara si terbunuh sendiri. Ia juga harus dihukum bunuh bila memukul seorang wanita hamil yang menyebabkan kematian janinnya. Sedangkan seorang Israel tidak diberlakukan hukuman demikian. Ia hanya diwajibkan untuk membayar ganti rugi dalam hal ini. Seorang Israel tidak akan dihukum bunuh pada semua perkara yang mewajibkan hukum bunuh kecuali bila telah diputuskan oleh 20 orang hakim dan dengan kesaksian 2 orang saksi."
Inilah sahaja sorotan kecil yang ingin dikongsikan bersama kepada anda sekalian. Apakah ada cara lain yang anda sedang fikirkan sekarang ??? Hanya sahaja saya terdengar suara sekumpulan umat Islam (bukan semua) yang ingin berperang. "Ingin" sahaja, tidak pasti sama ada betul-betul berani keluar berperang atau tidak. =)
No comments:
Post a Comment