Bank
Islam Bantu Ummah Atau Cari Untung?
Alhamdulillah,
rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih dihidupkan dan masih diberi kemampuan
untuk terus menulis di sini. Semalam ketika membaca majalah ‘Dewan Ekonomi’
Edisi September 2012 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saya
tertarik dengan sebuah artikel yang berjudul, “Matlamat Perbankan Islam: Ummah
Atau Untung?” Oleh itu, saya berhasrat untuk berkongsi secara ringkas tentang
artikel tersebut di sini.
Penulisnya (Muhammad Hafiz) menjelaskan
bahawa terdapat 2 pendapat dalam persoalan tersebut:
Pendapat
Pertama: Matlamat perbankan Islam adalah untuk ummah.
Hujahnya, perbankan Islam tidak berasaskan riba’, tidak mempunyai unsur ‘gharar’ dan tidak membiayai aktiviti haram seperti judi, arak dan lain-lain. Kesemua hal tersebut boleh menyebabkan kehancuran ummah. Maka, perbankan Islam dikira membantu ummah.
Hujahnya, perbankan Islam tidak berasaskan riba’, tidak mempunyai unsur ‘gharar’ dan tidak membiayai aktiviti haram seperti judi, arak dan lain-lain. Kesemua hal tersebut boleh menyebabkan kehancuran ummah. Maka, perbankan Islam dikira membantu ummah.
Pendapat
Kedua: Matlamat perbankan Islam adalah untuk keuntungan semata-mata.
Hujahnya, perbankan Islam hanya
bertanggungjawab terhadap pemegang saham. Juga perbankan Islam perlu terus
mendapatkan keuntungan bagi melangsungkan hidupnya. Jika keuntungan semakin
berkurangan dikhuatiri pemegang saham akan mengeluarkan modal mereka dan
melabur ke dalam syarikat lain yang lebih menguntungkan. Ini jelas menunjukkan
persaingan di antara sebuah bank Islam dengan bank Islam yang lain dan
persaingan di antara sebuah bank Islam dengan
bank Konvensional.
Setelah penulis (Muhammad Hafiz) menerangkan
secara panjang lebar, beliau membuat kesimpulan: “Namun pada hakikatnya, untung
menjadi matlamat utama bank Islam, manakala matlamat (maqasid) syariah, Islam,
dan patuh-syariah hanyalah alat pemasaran yang baharu dan popular.”
Daripada ucapan tersebut dapat kita fahami
bahawa matlamat utama perbankan Islam adalah semata-mata meraih keuntungan. Dan
label “Islam” pada perbankan Islam hanyalah sebuah strategi pemasaran. Saya
fikir mungkin yang dimaksudkan oleh penulis adalah merujuk kepada bank-bank
yang mempunyai 2 sistem sekaligus: perbankan konvensional dan perbankan Islam.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat
sebenarnya sebuah bank Islam mampu menjadikan ummah dan untung sebagai dua
matlamat utama mereka. Ini kerana hakikatnya kini mereka (perbankan Islam) mampu
melaksanakan kedua-duanya dengan baik yakni menjalankan urusniaga tanpa
berasaskan riba’, tanpa ada unsur ‘gharar’, tanpa membiayai aktiviti haram, memberi
tajaan kepada aktiviti atau program keislaman dan menunaikan zakat di samping
meraih keuntungan dan bersaing dalam pasaran ekonomi.
Wallahu a’lam bis shawab.
Wallahu a’lam bis shawab.
As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
ReplyDeletehttps://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0