Pendirian Imam al-Asy'ari Masalah Istiwa'
Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang menjadi panutan (uswatun hasanah) bagi kita umatnya.
Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang menjadi panutan (uswatun hasanah) bagi kita umatnya.
Dalam
tulisan kali ini, saya suka untuk membawakan tentang ungkapan Imam Abu al-Hasan
al-Asy’ari tentang permasalahan istiwa’.
Allah SWT
telah berfirman dalam al-Quran:
الرحمن
على العرش استوى
Ertinya:
“Allah Yang
Maha Pemurah, beristiwa’ di atas Arasy.” (Thaha: 5)
Kata Imam al-Asy’ari dalam kitabnya al-Ibanah
‘an Usul al-Diyanah:
إن قال قائل : ما
تقولون في الاستواء ؟ قيل له: نقول: إن الله عز و جل يستوي على عرشه استواء يليق
به من غير طول استقرار
“Jika seseorang bertanya, bagaimana
pendapat kamu tentang istiwa’? Maka katakanlah kepadanya, sesungguhnya
Allah SWT beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya sesuai dengan kemuliaan-Nya dengan
tanpa menetap.”
Sebenarnya ucapan ini tidak bertujuan untuk menetapkan arah atau tempat bagi Allah SWT. Tetapi, soalan yang dikemukakan
oleh seseorang kepada Imam al-Asy’ari itu, sekadar ingin mengetahui
tentang pendirian Imam al-Asy’ari, sama ada beliau bersikap tafwidh
(tidak mentakwil atau mentafsir) atau mengambil jalan takwil.
Maka, daripada ucapan Imam al-Asy’ari yang
telah dinukilkan di atas, difahami daripadanya bahawa beliau tidak mengambil
jalan takwil terhadap ayat tersebut. Beliau memilih untuk bersikap tafwidh,
iaitu tidak mentakwilnya. Ini kerana para ulama dalam kalangan Ahli Sunnah
berpendapat bahawa ayat tersebut adalah termasuk ayat mutasyabihat, yakni ayat
yang tidak diketahui makna yang sebenarnya melainkan Allah SWT.
Dengan sebab itu jugalah, pada awal
tulisan beliau telah menjelaskan tentang perkara istiwa’ ini:
وأن الله تعالى استوى على العرش على
الوجه الذي قاله وبالمعنى الذي أراده استواء منزها عن الممارسة والاستقرار والتمكن
والحلول والانتقال لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته ومقهورون في
قبضته .
Ertinya:
“Allah beristiwa’ di atas ‘Arasy adalah seperti
yang telah Dia firmankan dan dengan makna yang dikehendaki-Nya. Allah beristiwa’
dengan tanpa memerlukan latihan, tanpa menempati tempat, tanpa menurun
dan berpindah tempat. Allah tidak dipikul oleh ‘Arasy, bahkan ‘Arasy dan
malaikat yang memikul ‘Arasylah yang dipikul dengan rahmat dan kekuasaan-Nya.
Mereka tunduk di bawah kekuasaan-Nya.
Ungkapan beliau “tanpa menempati tempat” dan “tanpa
menurun” menunjukkan bahawa Allah tidak bertempat dan berarah seperti makhluk.
Dan beliau memilih untuk bersikap tafwidh tanpa mentakwil ayat Istiwa’.
Sesungguhnya bersikap tafwidh (tidak banyak bicara tentang ayat
mutasyabihat) adalah sikap para salafussoleh.
Kesimpulannya, tidak benar jika dikatakan bahawa Imam
al-Asy’ari cenderung kepada fahaman Allah bertempat di atas ‘Arasy. Oleh yang
demikian, pendirian Imam al-Asy’ari dalam masalah istiwa’ ialah beliau
bersikap tafwidh dan tidak mentakwil, apatah lagi menetapkan bahawa ‘Arasy
adalah tempat bagi Allah SWT.
Wallahu a’lam bis shawab.
Tahniah atas penulisan ini Lutfi ^_^
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete