Saturday, February 12, 2011

Masalah Qunut Subuh

   Qunut secara etimologi mempunyai banyak makna antaranya seperti yang disebutkan di dalam kitab Fat-hul Baari Syarh Sahih al-Bukhari, pengarangnya telah menukil maksud Qunut yang beragam, iaitu ada sepuluh sepertimana yang disebut oleh Ibnu al-Arabi:
ذَكَرَ اِبْن الْعَرَبِيّ أَنَّ الْقُنُوت وَرَدَ لِعَشْرَةِ مَعَانٍ ، فَنَظَمَهَا شَيْخنَا الْحَافِظ زَيْن الدِّين الْعِرَاقِيّ فِيمَا أَنْشَدَنَا لِنَفْسِهِ إِجَازَة غَيْر مَرَّة : وَلَفْظ الْقُنُوت اُعْدُدْ مَعَانِيه تَجِد مَزِيدًا عَلَى عَشْر مَعَانِي مَرْضِيّه دُعَاء خُشُوع وَالْعِبَادَة طَاعَة إِقَامَتهَا إِقْرَاره بِالْعُبُودِيَّه سُكُوت صَلَاة وَالْقِيَام وَطُوله كَذَاك دَوَام طَاعَة الرَّابِح الْقُنْيه
Maksudnya:
Jumlah makna lafaz qunut kamu dapatkan, lebih dari sepuluh makna: Doa, khusyuk, ibadah, taat. Melaksanakannya termasuk pengakuan akan perhambaan. Diam, solat, berdiri, lama berdiri. Demikian juga selalu taat dan untung yang diperoleh.

   Namun, Qunut pada persoalan ini ialah merujuk kepada kata-kata Imam asy-Syafi’i:

“Orang yang ditanyakan tentang qunut pada umumnya akan berpendapat bahawa qunut itu ialah berdiri di dalam solat. Demikianlah, qunut itu sebenarnya ialah berdiri dalam erti mentaati Allah Azza Wajalla, dan apabila demikian, maka qunut adalah sesuatu keadaan yang tidak ada pembacaan al-Quran, dan kalau demikian, bererti sama dengan BERDIRI DALAM SOLAT UNTUK BERDOA, bukan untuk bacaan al-Quran. Inilah erti yang paling nyata. Dengan erti inilah yang SESUAI DENGAN PETUNJUK SUNNAH dan merupakan erti yang PALING TEPAT untuk diucapkan MENURUTKU, Allah sahaja yang lebih mengetahui.”

   Ucapan Imam asy-Syafi’i di atas jelas menunjukkan bahawa beliau berpendapat Qunut di dalam solat Subuh itu Sunat. Imam Malik juga berpendapat demikian. Tetapi Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad berpendapat sebaliknya, iaitu tidak ada Qunut di dalam solat Subuh. Mereka berhujah bahawa hadis-hadis yang menyebut tentang Qunut Subuh itu semuanya berlaku pada masa Nabi s.a.w. mahu mendoakan kebinasaan suatu kaum. Dan ada hadis menyebut bahawa Qunut di dalam solat Subuh itu bidaah.

وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا ، بَعْدَ الرُّكُوعِ ، يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ الْعَرَبِ ، ثُمَّ تَرَكَهُ  .مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Maksudya:
Dari Anas r.a. : Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut setelah ruku’ selama satu bulan untuk mendoakan kebinasaan sebahagian suku bangsa arab. Kemudian beliau meninggalkannya. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
وَعَنْهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَانَ لَا يَقْنُتُ إلَّا إذَا دَعَا لِقَوْمٍ ، أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ } ، صَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ
Maksudnya:
Juga daripadanya (Anas) r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali bila mendoakan untuk maslahat suatu bangsa atau kebinasaan bangsa lain. Hadis Sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنِ التَّيْمِىِّ عَنْ أَبِى مِجْلَزٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَنَتَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - شَهْرًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ . رواه البخارى.
Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata: Rasulullah s.a.w. melaksanakan qunut selama satu bulan untuk mendoakan suku Ri’lan dan Dzakwan. Riwayat al-Bukhari.

وَعَنْ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ الْأَشْجَعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْت لِأَبِي : يَا أَبَتِ ، إنَّك قَدْ صَلَّيْت خَلْفَ رَسُولِ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَبِي بَكْرٍ ، وَعُمَرَ ، وَعُثْمَانَ ، وَعَلِيٍّ ، أَفَكَانُوا يَقْنُتُونَ فِي الْفَجْرِ ؟ قَالَ : أَيْ بُنَيَّ ، مُحْدَثٌ .رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا أَبَا دَاوُد
Maksudnya:
Dari Saad bin Toriq al-Asyja’I r.a. berkata: Saya tanyakan kepada ayahku: Wahai ayahku, sesungguhnya engkau telah melakukan solat di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali. Apakah mereka berqunut dalam solat Subuh? Beliau menjawab: Wahai anakku, hal baru. Riwayat Imam Lima, kecuali Abu Daud.

   Dalam riwayat al-Tirmidzi ada ditambah:
هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ
Maksudnya: Di sini, di Kufah.

   Daripada dalil-dalil yang dikemukakan oleh mazhab Hanafi dan Hanbali ini menunjukkan betapa kuatnya hujah mereka yang berpendapat tiada qunut pada solat Subuh, melainkan saat mahu mendoakan kemaslahatan atau kebinasaan suatu kaum. 

   Ulama mazhab Syafi’i yang berpendapat Qunut di dalam solat Subuh itu sunat dengan hujah melalui beberapa riwayat hadis.
   حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ  يَعْنِى الرَّازِىَّ عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم- يَقْنُتُ فِى الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Sentiasalah Rasulullah s.a.w. membaca doa qunut di dalam solat Subuh sehingga beliau wafat. Riwayat Ahmad.

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ قَالَ سُئِلَ أَنَسٌ أَقَنَتَ النَّبِىُّ  صلى الله عليه وسلم فِى الصُّبْحِ قَالَ نَعَمْ . فَقِيلَ لَهُ أَوَقَنَتَ قَبْلَ الرُّكُوعِ قَالَ بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًا .
Maksudnya: Daripada Muhammad bin Sirin, dia berkata: Anas bin Malik ditanya oleh seseorang: Apakah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut pada solat Subuh? Ya, jawabnya. Kemudian orang tersebut bertanya lagi: Apakah beliau melakukannya sebelum rukuk? Dia menjawab: Setelah rukuk, sebentar. Riwayat al-Bukhari.

فَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذٍ الْعَدْلُ ، حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْفَضْلِ الأُسْفَاطِيُّ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ ، حَدَّثَنَا الْعَلاءُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنِي بُرَيْدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحَوْرَاءِ ، قَالَ : سَأَلْتُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ : مَا عَقَلْتَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ؟ قَالَ : عَلَّمَنِي دَعَوَاتٍ أَقُولُهُنَّ : اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي ، وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ أُرَاهُ قَالَ : إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ قَالَ : فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِمُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ ، فَقَالَ : إِنَّهُ الدُّعَاءُ الَّذِي كَانَ أَبِي يَدْعُو بِهِ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ فِي قُنُوتِهِ
Maksudnya:
Al-Hasan bin Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengajarku membaca beberapa kalimah untuk aku ucapkan: Ya Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang-orang yang Engkau tunjuki, dan sihatkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau sihatkan, dan pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin, dan berkatilah aku bersama orang-orang yang Engkau berikan kurnia, dan lindungilah aku dari bencana yang Engkau takdirkan, sesungguhnya Engkaulah yang mentakdirkan dan tiadalah Engkau yang ditakdirkan dan bahawasanya tiadalah akan terhina orang yang Engkau pimpin, Maha Mulia Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Muhammad bin al-Hanafiyah (Jariah Saidina Ali r.a.) berkata: Sesungguhnya doa ini merupakan doa yang selalu dibaca oleh ayah saya (Saidina Ali r.a.) pada solat Subuh dalam qunutnya. Riwayat al-Baihaqi.

   Juga hadis,
وَمِنْهَا مَا أَخْبَرَنَا أَبُو سَعْدٍ الْمَالِينِىُّ أَخْبَرَنَا أَبُو أَحْمَدَ بْنُ عَدِىٍّ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا السَّاجِىُّ حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْعَوَّامُ بْنُ حَمْزَةَ قَالَ : سَأَلْتُ أَبَا عُثْمَانَ عَنِ الْقُنُوتِ فِى الصُّبْحِ قَالَ : بَعْدَ الرُّكُوعِ. قُلْتُ : عَمَّنْ؟ قَالَ : عَنْ أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ. هَذَا إِسْنَادٌ حَسَنٌ.
Maksudnya:
Awam bin Hamzah telah bertanya Abu Utsman tentang qunut pada solat Subuh. Beliau menjawab: Sesudah rukuk. Awam bertanya lagi: Fatwa siapakah itu? Beliau menjawab: Fatwa Abu Bakar, Umar dan Utsman radiyallahu anhum ajmaiin.Riwayat al-Baihaqi. Jalur periwayatannya Hasan.

   Hadis pertama yang dijadikan hujah oleh mazhab Syafi’i itu dikritik oleh Syeikh al-Albani yang menurutnya hadis tersebut Munkar (Daif). Ini kerana terdapat seorang perawi bernama Abu Ja’far ar-Razi di dalam hadis tersebut yang menurut beliau seorang yang lemah hafalannya. Sebaliknya Imam al-Hakim dan al-Haitsami serta ramai ulama hadis lainnya berpendapat Abu Ja’far al-Razi itu seorang yang Tsiqah (Dipercayai). Dan seorang perawi tidak akan memperolehi gelaran Tsiqah melainkan jika ia merupakan seorang yang adil dan kuat hafalan.  

   Komentar al-Haitsami tentang perawi di dalam hadis Anas itu:
رجاله موثقون.
Semua perawinya Tsiqah

   Hadis itu juga telah disahihkan oleh ramai ulama hadis antaranya Imam al-Hakim, al-Baihaqi, al-Balkhi seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Kifayatul Akhyar:
وأما القنوت فيستحب في اعتدال الثانية في الصبح لما رواه أنس رضي الله عنه قال : (( ما زال رسول الله صلى الله عليه و سلم يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا )) رواه الإمام أحمد وغيره قال ابن الصلاح : قد حكم بصحته غير واحد من الحفاظ : منهم الحاكم والبيهقي والبلخي قال البيهقي : العمل بمقتضاه عن الخلفاء الأربعة.
Maksudnya:
Adapun Qunut, disunatkan melakukannya pada iktidal rakaat yang kedua dari solat Subuh. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya. Berkata Ibnus Solah: Sudah ditetapkan kesahihannya ramai dari para hafizh, di antaranya Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Al-Balkhi. Berkata Al-Baihaqi pula: Perbuatan qunut seperti yang ada sekarang diambil daripada para khalifah yang empat.

   Jadi, hadis tersebut dapat dijadikan hujah terutama dalam kalangan mereka yang menganjurkan Qunut di dalam solat subuh.

   Ustaz Umar Muhammad Noor telah berusaha menjelaskan perselisihan pendapat tentang hal ini dalam salah satu penulisan beliau. Menurutnya, Imam Syafi’i tidak berhujah dengan hujah yang dikemukakan oleh ulama mazhab Syafi’i sebagaimana yang terdapat di atas. Akan tetapi, beliau berhujah dengan penelitian yang lebih kritis iaitu dengan mengumpul serta meneliti hadis-hadis berkaitan qunut subuh.

   Bermula Qunut Subuh pada peperangan Uhud berdasarkan hadis berikut:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عَبْدِ اللَّهِ السُّلَمِىُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِىِّ حَدَّثَنِى سَالِمٌ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ مِنَ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ مِنَ الْفَجْرِ يَقُولُ « اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلاَنًا وَفُلاَنًا وَفُلاَنًا » . بَعْدَ مَا يَقُولُ « سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ » . فَأَنْزَلَ اللَّهُ ( لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَىْءٌ ) إِلَى قَوْلِهِ ( فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ) .
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. Apabila mengangkat kepalanya daripada rukuk pada solat subuh berkata, “Ya Allah, laknatlah fulan dan fulan.” Setelah mengucapkan “Sami’allahu liman hamidah.” Lalu Allah menurunkan ayat surah Ali Imran 128 yang berisi teguran bahawa hak menurunkan azab dan menerima taubat hanya milik Allah s.w.t. Hadis ini dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari.

   Setelah peristiwa ini Nabi s.a.w. masih meneruskan Qunut pada solat Subuh, berdasarkan hadis ketika peristiwa pembantaian Qurra’ di Bir Maunah:
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا ، بَعْدَ الرُّكُوعِ ، يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ الْعَرَبِ ، ثُمَّ تَرَكَهُ } .مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Maksudya:
Dari Anas r.a. : Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut setelah ruku’ selama satu bulan untuk mendoakan kebinasaan sebahagian suku bangsa arab. Kemudian beliau meninggalkannya. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

   Hadis ini menunjukkan bahawa peristiwa pembantaian Qurra’ di Bir Maunah mendorong baginda s.a.w. untuk melakukan Qunut bukan sahaja pada solat Subuh tetapi dalam semua solat fardhu sampai sebulan berlalu. Apa yang menjadi pertanyaan ialah adakah nabi s.a.w. tinggalkan Qunut dalam semua solat fardhu kecuali qunut pada solat Subuh atau tinggalkan qunut pada semua solat fardhu tanpa pengecualian?

   Persoalan itu hanya dapat kita jawab dengan hadis berikut yang terjadi ketika berlakunya serangan oleh Bani Mudhar.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ يَقُولُ « اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِى رَبِيعَةَ، اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ، اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ، اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِى يُوسُفَ ».قَالَ ابْنُ أَبِى الزِّنَادِ عَنْ أَبِيهِ هَذَا كُلُّهُ فِى الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa: Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika angkat kepala dari rakaat akhir baginda berdoa: Ya Allah, selamatkanlah Aiyasy bin Abu Rabiah,  Salamah bin Hisyam, al-Walid bin al-Walid, serta seluruh kaum mukminin yang lemah. Ya Allah, keraskanlah tekanan-Mu atas golongan kaum Mudhar, jadikanlah tahun-tahun mereka itu sebagaimana tahun Nabi Yusuf. Berkata Ibnu Abi az-Zinad daripada bapanya, semua itu terjadi pada solat Subuh. Riwayat al-Bukhari. 
  
   Hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w. tinggalkan Qunut Subuh ialah pada peristiwa peperangan Uhud. Kemudian, pada saat terjadi pembantaian Qurra' di Bir Maunah, Nabi s.a.w. melakukan Qunut pada semua solat Fardu. Lalu, ada hadis yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tinggalkan Qunut pada semua solat Fardu melainkan pada solat Subuh. Nabi s.a.w. masih mengerjakannya, iaitu berdasarkan hadis ketika serangan oleh Bani Mudhar. Dan selepas itu, belum ada sebuah hadis pun yang menerangkan bahawa selepas peristiwa serangan oleh Bani Mudhar Nabi s.a.w. tinggalkan semua Qunut termasuk Qunut Subuh. 

   Adapun, hadis Saad bin Toriq al-Asyja'i yang mengatakan Qunut Subuh adalah perkara baharu itu mengandungi kemungkinan bahawa beliau tidak berkesempatan melihat Nabi s.a.w. melakukan Qunut dalam Solat Subuh. Padahal, terlalu banyak hadis tentang Qunut Subuh dan telah diriwayatkan oleh ramai sahabat. Oleh itu, sesuai dengan kaedah fiqh, "Yang menetapkan adanya lebih didahulukan berbanding yang menafikan". 
 
Wallahu a'lam bis shawab.  

Rujukan: 
1. Artikel Ustaz Umar Muhammad Noor-Qunut Subuh Lagi...
2. al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab asy-Syafi'i. 
3. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah.
4. Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisor. 
5. Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari.
6. al-Adzkar, Imam an-Nawawi.

No comments:

Post a Comment