Saturday, February 12, 2011

Tip Menawan Hati Pelanggan

  Urusniaga memang melibatkan antara peniaga dan pelanggan. Tanpa keduanya, urusniaga tidak dapat dilaksanakan. Pada kali ini, saya akan menulis sesuatu yang berkaitan dengan bisnes. Saya sangat meminati dunia bisnes kerana bisnes dapat mewujudkan peluang untuk bersaing dengan rakan bisnes yang lain. Bisnes juga dapat menjana ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan. Dengan bisnes, manusia dapat saling berjumpa dan bermesra serta mewujudkan komunikasi bersama yang sihat.

   Masih lagi melekat di dalam ingatan saya pada dua minggu lepas. Tiba-tiba terpesona dengan cara Gardenia. Industri makanan ini telah menempuh cabaran bisnes yang amat besar, kerana hanya memperjuangkan serta mempertaruhkan satu produk sahaja pada awal penjualan dan promosi, sebelum mengembangkannya menjadi beraneka.

   Barangkali mereka yang mahu mencapai kecemerlangan dalam dunia bisnes mesti mengikut cara yang telah terbukti berjaya menawan hati orang ramai, iaitu hanya fokus pada penjualan dan promosi satu produk sahaja dahulu!

   Pada hari ini (Sabtu, 12.2.2011), saya telah pergi ke perpustakaan dan ternampak sebuah buku yang memaparkan judul yang sangat indah “Tip Menawan Hati Pelanggan” terbitan PTS. Ya, pada halaman 92 ada menyebutkan perkara yang hampir sama dengan mesej yang ingin saya nyatakan di sini, iaitu tidak menawarkan terlalu banyak produk kepada pelanggan. Menurut Zainuddin dan Zaidatul (pengarang buku tersebut), sepatutnya seorang peniaga tidak memperkenalkan melebihi empat produk kepada pelanggan.

   Tujuan fokus kepada penjualan satu produk dahulu supaya pengguna dapat berkenalan dengan produk tersebut dengan lebih erat serta mendapatkan kepercayaan yang memuaskan dan meyakinkan terhadap produk berkenaan. Benar, ianya memang mengambil masa untuk mendapatkan penerimaan dan sambutan orang ramai terhadap satu produk tersebut. Namun, cara itu menunjukkan hasil yang begitu lumayan sekali di masa depan. Semoga dengan cara ini, bisnes peniaga menjadi semakin maju! Insya Allah.  

No comments:

Post a Comment