Monday, April 11, 2011

Berdoa Selepas Solat

   Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari pernah menceritakan bahawa pada suatu hari sebaik sahaja selesai mendirikan solat di salah sebuah masjid di Maghribi datang seorang anak muda dan bertanya kepadanya sama ada boleh atau tidak solat di belakang Imam yang ada di masjid tersebut. Lalu, Syeikh Abdullah bertanya mengapa tidak boleh? Lantas, anak muda itu memberitahu bahawa Imam itu telah melakukan suatu bid’ah kerana dia mengangkat kedua tangan dan membaca doa selepas solat padahal Nabi s.a.w. tidak pernah melakukan hal yang demikian.  

   Kisah ini secara tidak langsung menunjukkan terdapat segolongan anak muda yang beranggapan bahawa tidak boleh mengerjakan bid’ah yakni mengangkat kedua tangan selepas solat untuk berdoa. Demikian mendorong saya (Lutfi) untuk memberikan jawapan terhadap permasalahan berkenaan. Namun, saya yang daif ini hanya menjawab permasalahan ini sekadar yang termampu.

   Manusia tidak sama seperti Allah s.w.t., ini kerana manusia tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan yang mutlak terhadap takdir kehidupannya. Berbeza dengan Allah s.w.t.  sebagai Tuhan yang mentadbir sekalian alam yang memiliki kekuatan dan kekuasaan yang mutlak serta Dia-lah yang menetapkan takdir bagi kehidupan manusia seluruhnya.

   Nah, oleh sebab itu manusia mesti bergantung kepada Allah s.w.t. dengan melakukan ikhtiyar, berdoa dan bertawakal dalam mengharapkan kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Walhal, Allah s.w.t. menyuruh manusia agar meminta dan bermohon doa hanya kepada Allah, bukan kepada selain-Nya. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Ertinya:
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku maka Aku akan perkenankan bagimu. (Surah Mukmin ayat 60)


   Menerusi ayat ini, Allah s.w.t. memerintahkan supaya manusia berdoa hanya kepada Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. sahaja yang mampu untuk memakbulkan doa manusia seluruhnya. Perintah berdoa ini tidak terikat dengan masa. Oleh itu, manusia diharuskan berdoa pada bila-bila masa sahaja yang mereka inginkan dan Allah tetap mendengar dan tidak mengantuk apatah lagi tidur.

   Hal yang demikian menunjukkan bahawa dalil ini memperbolehkan berdoa selepas solat. Maka, bagaimana sebahagian anak muda dengan berani mencerca seorang Imam yang berdoa selepas solat?

   Perbuatan berdoa selepas solat ini turut dirakamkan oleh Abdullah bin az-Zubair yang berkata bahawa ianya merupakan sebahagian daripada amalan Rasulullah s.a.w..

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بن أَبِي يَحْيَى، قَالَ: رَأْيَتُ عَبْدَ اللَّهِ بن الزُّبَيْرِ، وَرَأَى رَجُلًا رَافِعًا يَدَيْهِ يَدْعُو قَبْلَ أَنْ يَفْرَغَ مِنْ صَلاتِهِ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْهَا، قَالَ:"إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَرْفَعُ يَدَيْهِ، حَتَّى يَفْرَغَ مِنْ صَلاتِهِ".

Ertinya:
Telah diceritakan oleh Muhammad bin Abi Yahya, katanya: Aku melihat Abdullah bin az-Zubair bahawa ia sedang melihat seorang lelaki mengangkat tangannya untuk berdoa sebelum selesai solatnya. Setelah lelaki itu selesai solat, Abdullah bin Az-Zubair berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat kedua tangannya (untuk berdoa) melainkan selepas selesai solat. (Riwayat at-Thabrani, berkata Al-Hafiz Al-Haitsami dalam kitab Majma’ Az-Zawa’id: Semua perawi dalam hadis ini Tsiqah/ Dipercayai)

   Selain hadis ini, turut dikuatkan oleh hadis Muadz bin Jabal r.a. yang menyebutkan wasiat Rasulullah s.a.w. kepadanya supaya berdoa selepas solat dengan doa yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w. sendiri.

وَعَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، { أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ : أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ : لَا تَدَعَنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ أَنْ تَقُولَ : اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ } رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ بِسَنَدٍ قَوِيٍّ

Ertinya:
Daripada Muadz bin Jabal, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadanya: Aku berwasiat kepadamu wahai Muadz! Supaya setiap selepas selesai solat jangan engkau tinggalkan membaca (doa): (Ertinya) Ya Allah, berikanlah bantuan kepadaku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’i dengan sanad yang kuat)

   Kelihatan sebahagian orang yang tidak memerhatikan hadis ini dengan cermat, lalu mereka beranggapan doa tersebut mesti dibaca dalam solat sebelum mengucapkan salam. Padahal, Amirul Mukminin fil Hadis, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani telah berusaha sedaya-upaya menyusun hadis-hadis di dalam kitab Bulughul Maram mengikut tertib dan hadis ini telah ditempatkan oleh beliau selepas hadis memberi salam yang menunjukkan kesunnahan membaca doa ini selepas selesai solat setelah memberi salam. Apapun, memang tiada halangan bagi siapa sahaja untuk membaca doa ini sebelum memberi salam.

   Di dalam hadis lain ada dirakamkan doa lain yang pernah Nabi s.a.w. baca selepas solat:
وَعَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، { أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ: اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ الْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِك مِنْ الْجُبْنِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ ، وَأَعُوذُ بِك مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا ، وَأَعُوذُ بِك مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ } رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Ertinya:
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqash r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membaca doa berikut sebagai pelindung selepas solat iaitu: (Ertinya) Ya Allah aku memohon dengan Engkau daripada sifat bakhil, dan aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada sifat penakut, dan aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada umur yang terlalu tua (nyanyuk), dan aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada fitnah dunia, dan aku memohon dengan Engkau daripada azab kubur. (Riwayat al-Bukhari) 


   Pada riwayat Ibnu Hibban, menggunakan lafaz begini:
بعد كل صلاة
    Ertinya:   "...selepas solat..."

   Semoga dengan berdoa kepada Allah s.w.t., doa kita dimakbulkan oleh-Nya dan mendapat keredaan Allah s.w.t. di dunia ini dan di akhirat kelak. Dan semoga doa yang kita pohon hanya kepada-Nya menambah keimanan dan ketakwaan. Amin.

Wallahu a’lam bis shawab.

Rujukan:
  1. Bulughul Maram (Ibnu Hajar al-‘Asqalani)
  2. Itqan as-Shan’ah fi Tahqiq Makna Al-Bid’ah. (Abdullah al-Ghumari)
  3. Al-Bid'ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiq. (Abd Malik Abd Rahman as-Sa'di)

5 comments:

  1. Terima kasih atas post di atas yg sangat membantu,sbb setiap amalan yg ada asal usul dan dalil lebih menambah yakin bg kita untuk melaksanakannya

    suffian

    ReplyDelete
  2. Pertanyaan.Saya tidak ragu tentang kesunatan berdoa selepas solat.Tetapi berdoa secara beramai-ramai selepas solat dengan imam menjadi pembaca doa.Itu yang saya musykilkan.Lafaz hadis juga menunjukkan bacaan secara persendirian yakni ganti nama tunggal.Jadi harap anta yang lebih berilmu memberi penjelasan.Boleh email jawapan secara detail di email saya zahir1816@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Secara umum ialah segala kebaikan boleh dilakukan secara sendiri mahupun secara berjemaah, manakala segala keburukan tidak boleh dilakukan secara sendiri mahupun secara berjemaah.

    Firman Allah SWT:
    وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

    (Surah al-Maidah: 2)

    Berdoa bersama bukan perkara baharu. Ianya sudah diamalkan sejak zaman Nabi Adam AS dan isterinya, Saidatina Hawa.

    Firman Allah SWT:
    قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

    (Surah al-A'raaf: 23)

    Para Malaikat juga sering mengaminkan bacaan doa orang-orang yang beriman.

    Hadis tentang malaikat mengaminkan doa kita dalam solat. Riwayat al-Bukhari.

    حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ
    { غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }
    فَقُولُوا آمِينَ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
    تَابَعَهُ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنُعَيْمٌ الْمُجْمِرُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumayya mantan budak Abu Bakar, dari Abu Shalih As Siman dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika Imam membaca GHAIRIL MAGHDLUUBI 'ALAIHIM WALADL DLAALLIIN, maka ucapkanlah 'AMIIN'. Ini kerana sesiapa yang ucapan 'AMIIN' nya bersamaan dengan 'AMIIN' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni."

    ____________________________________________

    Hadis tentang Malaikat mengaminkan bacaan doa kita di luar solat. Riwayat Muslim.

    حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ
    قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَضَرْتُمْ الْمَرِيضَ أَوْ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ


    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Syaqiq dari Ummu Salamah ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila kamu menjenguk orang sakit atau orang yang meninggal, maka ucapkanlah (do'a) yang baik, karena malaikat mengaminkan ucapan kalian."

    Wallahu a'lam bis shawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tuan, jawapan di atas masih umum, boleh tak bagi dalil bahawa Nabi doa secara berjamaah setiap habis solat seperti yang kita lakukan sekarang serta bacaan doanya...mudah je..boleh kita semua amalkan..

      Delete
  4. Boleh ke kalau jadi imam kpd makmum2, kita baca doa sendiri²?

    ReplyDelete