Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Faedah Menghadiri Majlis Sama' Hadis



   Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan untuk menyertai dan mengikuti dua majlis sama' hadis. Pertama, majlis sama'  hadis kitab Syamail Muhammadiyah yang diadakan pada 11 Februari 2012 (18 Rabiul Awal 1433H) di Masjid al-Azhar, KUIS, Selangor. Kedua, majlis sama' hadis kitab al-Arbain al-Nawawiyyah yang diadakan pada 12 Februari 2012 (19 Rabiul Awal 1433H) di Saba' Islamic Media, Jalan Setiawangsa 11, Kuala Lumpur. 

   Sejujurnya, sebelum ini saya benar-benar tidak tahu apakah kepentingan menghadiri majlis sama' hadis, sehinggalah saya sendiri cuba untuk membawa diri dan hadir ke majlis tersebut, barulah saya sedar akan kepentingannya. 

  Sebenarnya terdapat banyak faedah menghadiri majlis sama' hadis, antara yang sempat saya catatkan pada kesempatan ini ialah:

1. Dapat mengetahui hadis-hadis.
2. Dapat belajar membaca dan menyebut hadis. 
3. Dapat mengulang-ulang bacaan hadis.
4. Dapat menghafal hadis. 
5. Dapat memahami dan menghayati hadis.
6. Dapat semangat membaca kitab hadis.
7. Dapat mengkhatamkan bacaan kitab hadis.
8. Dapat mengetahui kesalahan sanad.
9. Dapat mengetahui perbezaan matan atau riwayat yang berbeza-beza.
10. Dapat menghidupkan ilmu riwayat.
11. Dapat menghidupkan sunnah Nabi SAW dan para salihin.
12. Dapat mengenali perawi-perawi hadis.
13. Dapat menyelamatkan diri daripada melakukan maksiat.
14. Dapat makan dan minum percuma (jika disediakan).
15. Dapat mengetahui perbuatan atau gerakan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW sepertimana yang disebutkan dalam hadis. 
16. Dapat Ijazah periwayatan hadis (lebih tinggi daripada Diploma). 
17. Dapat pahala belajar ilmu hadis. 
18. Dapat menjadi golongan yang mendengar hadis yang didoakan kebaikan buatnya oleh Baginda Rasulullah SAW. 
19. Dapat semangat untuk memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. 
20. Dapat menjalin ukhuwah bersama dengan mereka yang turut hadir dan mendengar bacaan hadis. 
21. Dapat mengenali kitab-kitab hadis.
22. Dapat mengenali penyusun kitab hadis (para ulama).
23. Dapat mengetahui darjat hadis (Sahih/ Hasan/ Daif - jika disebutkan darjatnya seperti hadis-hadis dalam kitab al-Arbain al-Nawawiyyah, Sunan al-Tirmidzi dan lain-lain)

Sekian. Wassalam. 

Thursday, September 15, 2011

Mutaqaddimin dan Mutaakhirin

Guruku, Ustaz Umar Muhammad Noor, telah menjelaskan kepadaku mengenai Mutaqaddimin dan Mutaakhirin.

Menurut beliau, sesuatu yang dapat membezakan mutaqaddimin dan mutaakhirin ialah:
1. Metod, dan
2. Masa.

Metod
Dari segi metod, jika ulama' tersebut bermanhaj muhaddisin (para ahli hadis) dengan syarat-syarat tertentu, maka dia bermanhaj mutaqaddimin.

Kalau metodnya, bermanhaj fuqaha', maka dia bermanhaj mutaakhirin, meskipun dia berada di masa mutaqaddimin.

Masa
Kalau dari sudut masa, ulama' yang masih dalam zaman periwayatan hadis, maka dia adalah mutaqaddimin. Tetapi, kalau ulama' tersebut di luar zaman periwayatan hadis, maka dia adalah mutaakhirin.

Menurut Ustaz Umar lagi, masa di antara Imam al-Nasa'i sehingga Imam al-Hakim itu adalah masa yang samar-samar, tidak diketahui dengan pasti telah berakhirnya zaman periwayatan hadis. Tetapi, selepas masa al-Baihaqi, memang 'confirm' (pasti) telah bermula zaman mutaakhirin.

Oleh itu, Imam al-Baihaqi termasuk ulama hadis yang hidup pada masa mutaqaddimin. Dan selepas masa al-Baihaqi, bermulalah zaman mutaakhirin.

Ustaz Umar pernah menulis dalam salah satu penulisan di blog beliau:
"Tidak semua pendapat boleh dijadikan sandaran, dan tidak semua khilaf diterima sebagai khilaf. Hanya pendapat ulama yang benar-benar pakar dalam hadis sahaja yang boleh diambil kira dalam perdebatan ini, iaitu para pakar hadis seperti Ibn Mahdi, Yahya al-Qattan, Syu'bah, Ahmad, Ibn al-Madini, Ibn Main, al-Bukhari, Muslim al-Daruqutni dan para ulama mutaqaddimin lainnya." 


Wallahu a'lam bis shawab.

Thursday, September 1, 2011

Tertib Tarikh Lahir dan Wafat Ulama Hadis

Tertib Tarikh Lahir Ulama Hadis:
  1. 51 H Al-Zuhri.
  2. 83 H Syu’bah.
  3. 93 H Malik.
  4. 97 H Sufyan al-Tsauri.
  5. 107 H Sufyan ‘Uyainah.
  6. 118 Ibn al-Mubarak.
  7. 126 H Abd Razzaq.
  8. 150 H Al-Syafi’i.
  9. 159 H Ibn Abi Syaibah.
  10. 164 H Ahmad bin Hanbal.
  11. 181 H Al-Darimi.
  12. 194 H Bukhari.
  13. 202 H Abu Daud.
  14. 204 H Muslim.
  15. 209 H Ibn Majah.
  16. 209 H Tirmizi.
  17. 215 H Nasa’i.
  18. 223 H Ibn Khuzaimah.
  19. 231 H Abu Awanah.
  20. 260 H Al-Tabrani.
  21. 270 H Ibn Hibban
  22. 306 H Al-Daruqutni.
  23. 321 H Al-Hakim.
  24. 554 H Ibn al-Atsir.
  25. 735 H Al-Haitsami.
  26. 773 H Ibn Hajar al-Asqalani.
  27. 849 H Al-Suyuti.

Tertib Tarikh Wafat Ulama Hadis:
  1. Alqamah 62 H.
  2. Muhammad al-Hanafiyah 80 H.
  3. Said bin al-Musayyab 90 H.
  4. Ubaidullah b. Abdillah b. Utbah b. Mas’ud 94 H.
  5. Said bin Jubair 95 H.
  6. Urwah bin Zubair 99 H.
  7. Amir al-Sya’bi 104 H.
  8. Ikrimah 105 H.
  9. Salim b. Abdullah b. Umar 106 H.
  10. Hasan al-Basri 110 H.
  11. Ibn Sirin 110 H.
  12. Qatadah bin Duamah. 117 H.
  13. Ibn Syihab al-Zuhri 125 H.
  14. Al-Sakhtiyani 131 H.
  15.  Al-A’masy 148 H.
  16. Abu Hanifah 150 H.
  17. Al-Auza’i 157 H.
  18. Al-Khalil bin Ahmad 160 H.
  19. Syu’bah bin al-Hajjaj 160 H.
  20. Sufyan al-Tsauri 161 H.
  21. Hammad bin Salamah 167 H.
  22. Al-Laits 175 H.
  23. Malik 179 H.
  24. Ibn al-Mubarak 181 H.
  25. Yahya al-Qaththan 189 H.
  26. Ibrahim al-Nakha’i 195 H.
  27. Sufyan bin ‘Uyainah 197 H.
  28. Waki’ al-Jarrah 197 H.
  29. Abdul Rahman bin Mahdi 198 H.
  30.  Al-Syafi’i 204 H.
  31. Abu Daud al-Thayalisi 204 H.
  32. Abd Razzaq 211 H.
  33. Abu Ubaid al-Qasim 220 H.
  34. Ibn Sa’ad 230 H.
  35. Yahya bin Main 233 H.
  36. Ali bin al-Madini 234 H.
  37.  Ibn Abi Syaibah 235 H.
  38. Ibn Qutaybah 236 H.
  39. Ishaq bin Rahawaih 238 H.
  40.  Ahmad bin Hanbal 241 H.
  41. Al-Syaukani 250 H.
  42.  Al-Darimi 255 H.
  43. Bukhari 256 H.
  44. Muslim 261 H.
  45. Al-‘Ajili 261 H.
  46.  Abu Zur’ah 264 H.
  47. Al-Muzani 264 H.
  48. Ibn Majah 273 H.
  49. Abu Daud 275 H.
  50.  Abu Hatim 277 H.
  51. Tirmizi 279 H.
  52. Al-Bazzar 292 H.
  53. Nasa’i 303 H.
  54. Abu Ya’la 307 H.
  55. Ibn Jarir al-Tabari 310 H.
  56. Al-Dulabi 310 H.
  57.  Ibn Khuzaimah 311 H.
  58.  Abu Awanah 316 H.
  59. Ibn al-Mundzir 319 H.
  60.  Al-Uqaili 322 H.
  61. Ibn Abi Hatim 327 H.
  62. Ibn al-Sakan 353 H.
  63.  Ibn Hibban 354 H.
  64.  Al-Tabrani 360 H.
  65. Al-Ramahurmuzi 360 H.
  66.  Ibn Adi 365 H.
  67. Al-Daruqutni 385 H.
  68. Al-Kalabadzi 398 H.
  69.  Al-Hakim 405 H.
  70. Al-Lalika’i 416 H.
  71. Ibn Hazm 456 H.
  72. Al-Baihaqi 458 H.
  73. Al-Khatib al-Baghdadi 463 H.
  74. Ibn Abdil Bar 463 H.
  75. Sulaiman al-Baji 474 H.
  76. Ibn al-Arabi 543 H.
  77. Ibn Asakir 571 H.
  78. Ibnul Jauzi 597 H.
  79. Abdul Ghani al-Maqdisi 600 H.
  80. Ibn al-Atsir 606 H.
  81. Ibn Qudamah al-Maqdisi 620 H.
  82.  Ibn al-Shalah 643 H.
  83. Al-Mundziri 656 H.
  84. Yahya b. Syaraf al-Nawawi 676 H.
  85. Ibn Daqieq al-Eid 702 H.
  86. Ibn Taimiyah 728 H.
  87. Al-Mizzi 742 H.
  88. Ibn Abd al-Hadi 744 H.
  89. Al-Dzahabi 748 H.
  90. Ibnul Qayyim 751 H.
  91. Ibn Katsir 774 H.
  92. Al-Syatibi 790 H.
  93. Ibn Rajab 795 H.
  94. Al-Iraqi 806 H.
  95. Al-Haitsami 807 H.
  96. Ibn al-‘Ajami al-Halabi 841 H.
  97.  Ibn Hajar al-Asqalani 852 H.
  98. Al-Sakhawi 902 H.
  99.  Al-Suyuti 911 H.
  100.  Al-Qasthallani 923 H.
  101.  Al-Shan’ani 1182 H.
  102.  Yusuf al-Kandahlawi 1383 H.

Sunday, August 14, 2011

Perbezaan Ukuran Penilaian Ahli Hadis

Sungguhpun saya cenderung mengikuti kefahaman fuqaha', namun itu tidak bermakna saya perlu mencampak kitab-kitab selain fiqh ke dinding. Bahkan saya tetap membaca kitab-kitab selain kitab fiqh. 
 
Tidak terlepas daripada kerakusan saya dalam menggali ilmu (jelas, saya benar-benar rakus) ialah kitab Al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islami karya Dr. Mustafa al-Siba'ie. Antara kenyataan yang saya sangat tertarik di dalam kitab ini ialah mengenai perbezaan ukuran penilaian ahli hadis (ulama' hadis).

Sesungguhnya perbezaan pendapat tidak hanya berlaku kepada ahli fiqh sahaja tetapi turut melanda dan menjangkiti ahli hadis mahupun doktor perubatan. Adapun doktor perubatan, mereka berselisih pendapat tentang bagaimana cara untuk merawat penyakit. Manakala, ahli hadis sering berselisih pendapat tentang penilaian hadis sesama mereka. Ini disebabkan perbezaan metod dalam kalangan mereka. Ayuh, kita ikuti kenyataan Dr. Mustafa al-Siba'i! 

Kitab Al-Sunnah wa Makanatuha karya Dr. Mustafa al-Siba'i 

Dr. Mustafa al-Siba'i mencatatkan: 

Mafhumnya: 
"Tidaklah sama pola ukuran para imam ahli hadis dalam memberikan kritikan terhadap para perawi hadis. Di antara mereka ada yang bersikap keras (sangat ketat), ada yang bersikap sangat ringan, dan ada pula yang bersikap sederhana lagi adil. 

Mereka yang bersikap keras ialah Ibn Ma'in (Yahya bin Ma'in), Yahya bin Sa'id al-Qaththan, Ibn Hibban dan Abu Hatim al-Razi. Mereka yang bersikap tasahul (ringan lagi mudah) ialah al-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibn Mahdi. Dan mereka yang bersikap sederhana lagi adil ialah Ahmad, al-Bukhari dan Muslim. 

Hal ini terjadi kerana perbezaan pendapat mereka terhadap sebahagian para perawi, sehingga kelihatan ada perawi yang mereka percayai tetapi dilemahkan oleh ahli hadis yang lain...sampai dinukilkan bahawa ada dua pendapat yang berbeza tentang seorang perawi. Ada ketika ahli hadis tersebut berpendapat perawi itu dipercayai (tsiqah), tetapi kemudian dia menarik kembali penilaiannya itu atau boleh jadi sebaliknya (mulanya dinilai daif, tetapi kemudian dinilai tsiqah)."

Demikianlah catatan sekaligus penjelasan Dr. Mustafa al-Siba'i yang terkenal sebagai seorang pejuang sunnah sejati. Karyanya di atas ini semata-mata memperjuangkan hadis secara umum dan hadis ahad secara khusus serta memberikan pembelaan terhadap ahli hadis dan menolak berbagai macam dakwaan sebahagian orientalis. 

Wallahu a'lam bis shawab.