Thursday, September 15, 2011

Mutaqaddimin dan Mutaakhirin

Guruku, Ustaz Umar Muhammad Noor, telah menjelaskan kepadaku mengenai Mutaqaddimin dan Mutaakhirin.

Menurut beliau, sesuatu yang dapat membezakan mutaqaddimin dan mutaakhirin ialah:
1. Metod, dan
2. Masa.

Metod
Dari segi metod, jika ulama' tersebut bermanhaj muhaddisin (para ahli hadis) dengan syarat-syarat tertentu, maka dia bermanhaj mutaqaddimin.

Kalau metodnya, bermanhaj fuqaha', maka dia bermanhaj mutaakhirin, meskipun dia berada di masa mutaqaddimin.

Masa
Kalau dari sudut masa, ulama' yang masih dalam zaman periwayatan hadis, maka dia adalah mutaqaddimin. Tetapi, kalau ulama' tersebut di luar zaman periwayatan hadis, maka dia adalah mutaakhirin.

Menurut Ustaz Umar lagi, masa di antara Imam al-Nasa'i sehingga Imam al-Hakim itu adalah masa yang samar-samar, tidak diketahui dengan pasti telah berakhirnya zaman periwayatan hadis. Tetapi, selepas masa al-Baihaqi, memang 'confirm' (pasti) telah bermula zaman mutaakhirin.

Oleh itu, Imam al-Baihaqi termasuk ulama hadis yang hidup pada masa mutaqaddimin. Dan selepas masa al-Baihaqi, bermulalah zaman mutaakhirin.

Ustaz Umar pernah menulis dalam salah satu penulisan di blog beliau:
"Tidak semua pendapat boleh dijadikan sandaran, dan tidak semua khilaf diterima sebagai khilaf. Hanya pendapat ulama yang benar-benar pakar dalam hadis sahaja yang boleh diambil kira dalam perdebatan ini, iaitu para pakar hadis seperti Ibn Mahdi, Yahya al-Qattan, Syu'bah, Ahmad, Ibn al-Madini, Ibn Main, al-Bukhari, Muslim al-Daruqutni dan para ulama mutaqaddimin lainnya." 


Wallahu a'lam bis shawab.

No comments:

Post a Comment