Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah SWT. Segala pujian kepada-Nya
dan selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW. Alhamdulillah,
saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis dan mengemaskini
blog ini. Tulisan saya pada kali ini adalah berkisar tentang hukum muzik.
Pemilihan terhadap topik ini adalah kerana sudah berkali-kali telinga saya
mendengar pertanyaan orang di sekeliling tentang hukumnya, sama ada boleh atau
tidak, harus atau haram. Oleh itu, saya berharap tulisan saya ini mampu
memberikan sedikit pencerahan ke atasnya.
Pendapat Ulama Tentang Hukum Muzik
Secara umumnya, dalam masalah ini ulama terbahagi
kepada tiga kumpulan. Sebahagiannya mengharamkan muzik secara mutlak iaitu
(seingat saya) Ibnu al-Qayyim. Sebahagian lagi mengharuskan muzik kecuali jika
melibatkan penggunaan alat muzik yang bertali seperti gitar iaitu (seingat saya-memang
saya mengarang dengan mengandalkan daya ingatan) fatwa Mufti Brunei. Manakala
sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat tidak sampai melalaikan dan tidak
terdapat unsur-unsur yang haram iaitu (seingat saya) Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Dalil-dalil
Kelompok yang mengharamkan memberikan hujah
berdasarkan dalil berikut:
حَدَّثَنِى أَبُو عَامِرٍ - أَوْ أَبُو مَالِكٍ -
الأَشْعَرِىُّ سَمِعَ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « لَيَكُونَنَّ
مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
Ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu Aamir atau Abu Malik al-Asy’ari, dia telah mendengar Nabi SAW bersabda, “Akan datang suatu kaum dalam kalangan umatku yang akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik.” (Riwayat al-Bukhari)
Kelompok yang mengharuskan muzik memberikan
hujah berdasarkan dalil berikut:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا زَفَّتِ امْرَأَةً إِلَى
رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ نَبِىُّ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « يَا
عَائِشَةُ مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ فَإِنَّ الأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمُ اللَّهْوُ
»
Ertinya: Daripada Aisyah bahawa seorang wanita telah dikahwinkan dengan seorang pemuda dalam kalangan Ansar, lantas Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Aisyah! Adakah tidak ada sesuatu yang dapat menghiburkan mereka? Sesugguhnya kaum Ansar amat sukakan hiburan.” (Riwayat al-Bukhari)
عَنْ أَبِى مَالِكٍ الأَشْعَرِىِّ عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ :« لَيَشْرَبَنَّ أُنَاسٌ مِنْ
أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا وَتُضْرَبُ عَلَى رُءُوسِهِمُ
الْمَعَازِفُ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ قِرَدَةً
وَخَنَازِيرَ ».
Ertinya: Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah bersabda, “Sebahagian dalam kalangan umatku akan meminum arak tetapi menamakannya bukan dengan nama arak dan diiringi dengan alunan muzik hingga Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan menjadikan dalam kalangan mereka kera dan babi.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi)
Fiqh (Kefahaman) Dalil dan Hujah
1.
Kelompok yang mengharamkan berhujah bahawa
hadis pertama tadi disokong dengan hadis yang ketiga. Dalam erti kata yang lain
hadis ketiga yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi
menyokong hadis pertama yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Oleh itu, hukum
muzik adalah haram.
2.
Kelompok yang mengharuskan muzik kecuali jika
melibatkan alat muzik yang bertali seperti gitar berhujah bahawa hadis yang
menunjukkan keharusan muzik adalah hadis yang kedua yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari, tetapi dalam masa yang sama dikecualikan daripadanya alat muzik
yang bertali kerana hadis pertama yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari itu
ada menyebutkan “al-ma’azif” iaitu merujuk kepada alat muzik yang bertali.
3.
Manakala kelompok yang mengharuskan muzik
tetapi dengan syarat tidak sampai melalaikan dan tidak terdapat unsur-unsur
yang haram berhujah dengan hadis yang kedua dan ketiga. Hadis kedua jelas menunjukkan
diperbolehkan sesuatu hiburan. Sedang hadis ketiga yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi dilihat bukan untuk menyokong hadis pertama
tetapi mengikat (taqyid) hadis pertama yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari. Jadi, bermain alat muzik tidak haram tetapi jika disertai dengan
majlis maksiat maka hukumnya adalah haram. Oleh itu, muzik pada asalnya adalah
harus, tetapi boleh menjadi haram sekiranya sampai melalaikan dan terdapat unsur-unsur
yang haram.
Mana Yang Rajih?
Wallahu a’lam bis shawab. Saya tidak mampu
untuk mentarjihkan salah satu daripada pendapat-pendapat tersebut. Tulisan ini
sekadar perkongsian dan pencerahan. Sekian. Wabillahi tawfiq wal hidayah.
Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*Mohon doakan kebaikan buat saya di dunia dan
akhirat. Terima kasih.
Assalamualaikum...ad yg kata, pendapat muzik yg datangnya dari Al-Qardhawi itu salah..katanya la.
ReplyDeleteAdmin itu jugak kata yg muzik adalah haram sebenarnya...tpi kebanyakan org mnggunakan pendapat Qardhawi iaitu pendapat yg ketiga.
Jadi hukum ap yg sebenarnya sepatut kita guna?Ada yg kata, org sekarang lebih berpihak kepada keinginan manusia.
Appa-apa pun
WaAllahua'lam...