Friday, August 19, 2011

Ijmak Jumhur Ulama

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani.

Ijma': Sumber Hukum Syarak
Sumber hukum Islam ada banyak dan sumber hukum Islam juga dikenali sebagai 'dalil hukum syarak'. Terdapat banyak sumber hukum Islam. Menurut mazhab al-Syafi'i, ada empat sumber hukum syarak yang asas iaitu al-Qur'an, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Adapun, selain mazhab al-Syafi'i, ada sumber hukum syarak yang lain. Jadi, kalian dapat lihat bahawa Ijma' termasuk sumber hukum syarak. Dan perbahasan pada kali ini adalah seputar Ijma'. 

Dalil Ijma'
Terdapat banyak sekali dalil yang menunjukkan bahawa Ijma' termasuk ke dalam sumber hukum syarak.  Antaranya ialah: 

1. Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Ertinya: 
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, maka Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami akan masukkan ia ke dalam neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat. (Surah al-Nisa' ayat 115)

2. Hadis Rasulullah SAW:

فمن سره بحبحة الجنة فليلزم الجماعة فإن الشيطان مع الفذ

Ertinya: 
Barangsiapa yang ingin menempati syurga, maka bergabunglah dengan 'al-Jamaah'. Ini kerana syaitan akan bersama dengan orang-orang yang menyendiri. (Riwayat al-Syafi'i dari kitab al-Risalah)


Manakah Ijma' yang Dapat Dijadikan Hujah?
Para ulama' telah berselisih pendapat tentang hal ini. Namun, saya akan meringkaskannya: 
  1. Ijmak Umum: Ijmak kaum muslimin.
  2. Ijmak Khusus di sisi Imam al-Syafi'i: Ijmak para ulama' mujtahid.
  3. Ijmak di sisi Imam Malik: Ijmak Ahl al-Madinah. 
  4. Ijmak menurut Imam Ahmad: Ijmak Sahabat.
  5. Ijmak yang diterima juga oleh Al-Amidi: Ijmak Sukuti.
  6. Ijmak yang ada disebutkan oleh Prof. Muhammad Abu Zahrah: Ijmak Jumhur Ulama. 
  7. Ijmak Syiah: Ijmak para imam dan mujtahid di sisi mereka. 



Ertinya: "...Mazhab Syiah berpendapat bahawa ijma' yang dapat dijadikan hujah ialah ijma' para imam dan mujtahid di sisi mereka. Adapun menurut Jumhur, ijma' di sisi mereka ialah ijma' Jumhur Ulama. "

Kesimpulannya, lain mujtahid, lain pula bentuk ijma' yang diterima oleh mereka. 

Wallahu a'lam bis shawab.


Rujukan:
1. Usul al-Fiqh - Prof. Muhammad Abu Zahrah.
2. Pengantar Usul Fiqh - Abdul Latif Muda & Dr. Rosmawati. 

No comments:

Post a Comment