Friday, September 16, 2011

Rayuan Pesalah lwn Pihak Pendakwa

Menurut undang-undang, apabila orang yang kena tuduh mengaku salah semasa dia dibicarakan dan kemudian disabitkan, dia tidak boleh lagi membuat rayuan terhadap sabitan itu, tetapi dia masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya, misalnya jika dia rasa hukuman yang dikenakan ke atasnya terlalu berat. 

Sekiranya pihak pendakwa merasakan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah itu terlalu ringan atau tidak mencukupi, pihak pendakwa boleh merayu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat lagi.

[Hlm. 96. Jilid 4-Trend Semasa. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia. Penulis Salleh Buang. Cetakan Pertama, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.]

No comments:

Post a Comment