Dalam
nas-nas syarak dan ilmu fiqh telah menyebutkan terdapat 6 jenis hukuman hudud
iaitu Zina, Qazaf (Tuduh Zina), Minum Arak, Mencuri, Merompak dan Riddah
(Murtad). Bagi penzina yang belum berkahwin akan dihukum dengan 100 kali
sebatan manakala bagi penzina yang sudah berkahwin akan dihukum dengan rejam sehingga mati. Bagi penuduh zina yang
tidak membawakan bukti perlu dihukum dengan 80 kali sebatan kerana cuba
mencemari maruah seorang wanita yang suci. Bagi kesalahan minum arak pula akan
dihukum dengan 40 kali sebatan. Bagi kesalahan mencuri akan dihukum dengan
potong tangan. Menurut sebahagian ulama setakat pergelangan tangan sahaja. Bagi
kesalahan merompak pula jika dia melakukan pembunuhan maka akan dihukum bunuh
tetapi jika hanya merompak sahaja maka akan dipotong tangan dan kakinya secara
bersilang. Dan bagi kesalahan murtad (keluar dari agama) akan dihukum dengan
hukuman bunuh jika sudah diminta bertaubat sebanyak 3 kali tetapi masih enggan.
Melihat
kepada hukuman-hukuman ini ramai dalam kalangan masyarakat yang terbahagi
kepada dua kumpulan. Sebahagian umat Islam di negara kita menyokong pelaksanaan
Hudud ini di Malaysia. Manakala sebahagian lagi tidak bersetuju dan menolak
iaitu terdiri dalam kalangan orang bukan Islam.
Fenomena
ini dapat kita lihat pada masa pembentangan Rang Undang-undang Persendirian
Negeri Kelantan Kanun Jenayah Syariah II 2003 oleh parti Parti Islam Semalaysia
(PAS) yang mana telah mendapat majoriti undi sebanyak 43 undi. Namun, ia hangat
diperkatakan sehingga terdapat bantahan daripada bukan Islam di laman-laman
social. Tambahan pula, Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru berpendapat
bahawa ‘Hudud Adalah Tidak Mengikut Perlembagaan, Mendeskriminasi dan
Memecahbelahkan’. Antara kes yang dirujuk ialah Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor (1988), Negara Malaysia
adalah sekular kerana Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular.
Namun,
ia dibantah oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal
Abu Bakar yang menjelaskan bahawa tiada pernyataan ‘Negara Islam’ dalam
Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna negara
ini adalah negara sekular. Ia
berdasarkan kes Menteri Dalam Negeri & Ors v. Titular Roman Catholic
Archbishop of Kuala Lumpur (2013) yang menegaskan bahawa ‘struktur asas’
Perlembagaan Persekutuan adalah Islam.
Masyarakat
seharusnya tidak perlu risau dengan hukuman hudud ini kerana terdapat hikmah
disebaliknya iaitu pelaksanaan hukum hudud ini tidak lain hanya bertujuan
mendidik dan pencegahan agar kes-kes jenayah dapat dikurangkan. Menurut Kajian
Saintifik oleh Saintis Rusia, Dr. Sergei Speransky dan Dr. Marina Chuhrova,
menyatakan bahawa hukuman sebatan dengan rotan boleh mengurangkan kadar alkohol
dalam badan dan menyedarkan peminum arak.[1]
Oleh
yang demikian, pindaan perlu dilakukan pada Akta 355 Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah Syariah) dan Perkara 76A(1), Perlembagaan Persekutuan bagi
membolehkan pelaksaan hukum hudud.[2] Untuk peringkat permulaan ini
bukan semua jenis hukuman hudud mahu dilaksanakan sebaliknya pada peringkat
awal ini hanya 3 jenis hukuman hudud sahaja yang mahu dilaksanakan dan ianya
fokus kepada hukuman sebatan iaitu kesalahan minum arak, kesalahan zina orang belum
berkahwin dan kesalahan menuduh seseorang wanita berzina dengan tanpa bukti
yang kukuh.[3]
Dan tanpa disangkal lagi cara sebatan sivil lebih berat berbanding
cara sebatan syariah.
No comments:
Post a Comment