Kini kapal terbang semakin banyak dan
ramai orang yang telah menaiki kapal terbang. Kepesatan teknologi ini
mewujudkan permasalahan-permasalahan yang baru khususnya melibatkan kes syariah
kekeluargaan.
Antara permasalahan yang wujud
berkaitan nahas kapal terbang ialah bagaimana status perkahwinan mangsa nahas
kapal terbang, terbubar atau tidak?
Bagi merungkaikan permasalahan
tersebut ialah kes mangsa nahas kapal terbang dibahagikan kepada dua kategori.
Kategori pertama ialah mangsa nahas kapal terbang yang dijumpai mayatnya dan
dapat dikenalpasti. Jawapan untuk kategori pertama ini jelas mengesahkan
kematian suami atau isteri dan menjadikan ikatan perkahwinan sudah tiada dan
harta pusaka boleh dibahagikan.
Kategori kedua ialah mangsa nahas
kapal terbang yang tidak dijumpai mayatnya dan usaha mencari pasangannya
menemui kegagalan. Walaupun media memaklumkan tragedi nahas kapal terbang dan
melaporkan semua penumpang dipercayai terkorban, jawapan bagi keadaan ini ialah
status perkahwinan mereka belum terbubar.. Dalam kes seperti ini, ia dianggap
kehilangan.
Walau bagaimanapun, bagi pasangan
yang ingin memfailkan perceraian secara fasakh boleh berbuat demikian dengan
mendapatkan Anggapan Kematian di Mahkamah Tinggi berdasarkan seksyen 108, Akta
Keterangan 1950. Dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan
mengeluarkan sijil kematian sebaliknya hanya mengemaskini maklumat kematian si
mati.
Kesimpulannya, jika mangsa nahas
kapal terbang dijumpai mayatnya dan dapat dikenalpasti maka status perkahwinan
mereka jelas sudah tiada. Manakala jika mayat mangsa nahas kapal terbang tidak
dapat dijumpai dan usaha mencarinya menemui kegagalan maka ia dianggap kes
kehilangan. Dan menurut undang-undang, apabila kehilangan suami sudah
mencapai empat tahun maka pasangan yang masih hidup boleh memohon fasakh.
No comments:
Post a Comment